Takaful Ikhlas menang anugerah Berita Kewangan Islam

KUALA LUMPUR 11 Mac – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas) memenangi Anugerah Penyedia Takaful dan Takaful Semula Terbaik bagi anugerah Berita Kewangan Islam 2009 untuk kali kedua.

"Kejayaan Takaful Ikhlas memenangi anugerah ini buat tahun kedua berturut-turut jelas membuktikan betapa pentingnya kerjasama sepasukan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

CEO Takaful Ikhlas Sdn Bhd

"Kejayaan ini juga adalah mandat yang diberikan kepada seluruh warga kerja Takaful Ikhlas yang berdedikasi untuk bekerja lebih keras dalam usaha menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional, sejajar dengan komitmen kami untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berdasarkan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam,” katanya.

Anugerah ini adalah hasil daripada undian di kalangan pengamal dan pemerhati industri kewangan Islam.

Anugerah Undian Berita Kewangan Islam 2009 yang diadakan buat kali kelima ini merupakan anugerah yang tulus, sahih dan kompetitif di dalam industri kewangan Islam.

Takaful Ikhlas, mula beroperasi pada Julai 2003, merupakan anak syarikat MNRB Holdings Bhd., di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Bhd melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. – Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0311&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Read more...

Takaful IKHLAS Lancar Pejabat Korporat barunya –“IKHLAS Point” Benilai RM87 Juta

Kuala Lumpur, 1 Mac 2010 – Takaful IKHLAS Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Syariah hari ini dengan rasminya melancarkan ‘IKHLAS Point’, bangunan ibu pejabat korporat barunya. IKHLAS Point yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur yang membabitkan pelaburan sebanyak RM87 juta ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr Awang Adek Hussin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Turut hadir pada majlis perasmian yang diadakan di IKHLAS Point adalah Pengerusi, Takaful IKHLAS, Encik Sharkawi bin Alis dan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Presiden Takaful IKHLAS, Dato Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.

Bangunan IKHLAS Point ini menandakan satu era baru bagi Takaful IKHLAS dalam usaha Syarikat untuk meningkatkan komitmen bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berkualiti kepada para ejen, wakil franchisor, pengedar-pengedar dan pelanggan kami secara lebih efektif. Ianya juga dapat menambahkan lagi keyakinan masyarakat Malaysia terhadap produk-produk perlindungan Takaful IKHLAS yang berasaskan Syariah.

Pembelian hartanah ini juga adalah untuk mengukuhkan lagi kehadiran serta kedudukan Takaful IHKLAS di dalam industri takaful dan ianya adalah selaras dengan visi Syarikat memandang ke hadapan. Dua buah menara pejabat yang berukuran 99,286 persegi ini juga telah diubah suai dengan menelan kos sebanyak RM10 juta.

Bangsar South adalah kawasan pembangunan bercampur kosmopolitan yang menggabungkan kawasan kediaman mewah dan moden, premis perniagaan dan ruang pejabat bertaraf antarabangsa. Bangunan IKHLAS Point pula mempunyai seni bina ultra moden yang lengkap dengan rangkaian komunikasi, sistem keselamatan dan pelbagai kemudahan lain untuk para pekerja dan pelanggan Takaful IKHLAS. Bangunan serta persekitarannya berkonsepkan hijau menggunakan material tahap paling optimum agar setiap pelanggan terutamanya pekerja Syarikat dapat merasakan suasana yang menenangkan apabila berkerja.

Read more...

Takaful Ikhlas to broaden income base

Monday March 1, 2010 MYT 12:17:00 PMKUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd, is looking to diversify its investment portfolio by acquiring commercial properties.

Its President and Chief Executive Officer, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, said the company's move into its own building in Bangsar South would hopefully become the beginning of its plans to broaden its income through investments in properties.

Finance Deputy Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin is scheduled to officiate Takaful Ikhlas Sdn Bhd new corporate office, Ikhlas Point, Tower 11A, in Bangsar South, Kuala Lumpur on Monday.

Its investment portfolio currently covers equity, cash and bonds.

"This is a really good investment for us because the yield is higher. We bought this building (a new office) at a very low price during the recession," he told reporters during a recent media tour of Takaful Ikhlas's new corporate office in Bangsar South here.

He said the property comprising two towers, and bought during leaner times, had appreciated by 26 per cent now, and there was a good projection for rental income from the building.

Syed Moheeb said the company had invested RM87 million another RM10 million for renovation of the new headquarters, IKLAS Point.

The company which moved into the new building on February 2, will officially launch it on Monday, March 1.

Syed Moheeb said the company planned to buy more properties, particularly for rentable offices to ensure yearly rental income.

He said the company expected to see property investments accounting for at least 20 per cent of its investment income for the financial year ending March 31, 2011.

The purchase of the property was done through the company's Family Fund, which was given the approval by its Investment Committee in July 2008 to specifically invest in commercial properties.

Takaful Ikhlas' total assets currently stand at more than RM1.2 billion, of which 60 per cent comes under its Family Fund and the balance under its Shareholder Fund and General Risk Fund.

Syed Moheeb said the company was also looking to house its existing 10 branches in its own buildings in the future. All the branches are currently renting their premises.

Established in September 2002, Takaful Ikhlas offers a range of takaful services to more than 1.3 million certificate holders to date.

Its product portfolio consists 76 per cent family takaful and 24 per cent general takaful.

The company which has an authorised capital of RM500 million and paid-up capital of RM195 million, provides its Islamic insurance services through its 4,500 agents nationwide. - Bernama

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/1/business/20100301121822&sec=business

Read more...

Takaful Ikhlas to build up property role

Takaful Ikhlas Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of MNRB Holdings Bhd, wants property to account for at least a fifth of its investment portfolio for the year ending March 31 2011.


The takaful operator recently made its maiden property investment when it paid RM87 million for its new corporate office, IKHLAS Point, in the fast-developing commercial area of Bangsar South, Kuala Lumpur.

Its president and chief executive officer, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman, hopes the investment will be the beginning of its plans to broaden income through properties.

The investment portfolios of takaful operators are similar to their conventional counterparts' and include equity, cash and bonds.

"We are keen to buy rentable office premises that offer long-term sustainable revenue. However, we are cautious in our investment policy, which trends towards capital preservation," Syed Moheeb told reporters after a media tour of IKHLAS Point.
The company bought the building, which include two office blocks, using funds from contributions paid by policyholders, which number about 1.3 million currently.

"We are, in fact, renting the building from our policyholders. But, more importantly, the investment will ensure rental income for our policyholders," Syed Moheeb said.

"This is a really good investment for us because the yield is higher. We bought this building at a very low price during the recession," he said, adding that the property had already appreciated by more than 26 per cent in just one year.

The purchase was done through the company's Family Fund, which was given the approval by the operator's investment committee in July 2008.

Takaful Ikhlas' total assets currently stand at more than RM1.2 billion, out of which 60 per cent comes under its Family Fund and the balance under its Shareholder Fund and General Risk Fund.

Depending on the size of the investment, future property investments could be a mix of the funds available.

The company is also looking to house its existing 10 branches in its own buildings in future.

All the branches occupy rented premises at present.

Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin officially launched IKHLAS Point yesterday.

Takaful Ikhlas also spent another RM10 million to renovate the property, which has a build-up of 99,286 sq ft.

The company occupies all 10 floors in Tower 11A as well as another three floors in Tower 11, which also has 10 floors. The other seven floors are rented out.

http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/iklas01/Article/index_html

Read more...

Takaful IKHLAS terima dua Anugerah Kecemerlangan Jenama Brandlaureate-SMEs Chapter Awards 2009

Kuala Lumpur, 11, Januari 2010 – Meskipun baru berusia tujuh tahun, Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS) sudah membuktikan kehebatannya, apabila ia memenangi Anugerah BrandLaureate SMEs Chapter Awards 2009 bagi kecemerlangan Penjenamaan Korporat - Jenama Terbaik - dalam Perkhidmatan Perlindungan Kewangan Islam dan juga Penjenamaan Produk - Jenama Terbaik - dalam Perkhidmatan Insurans Kesihatan (2 tahun berturut-turut). Anugerah ini telah disampaikan oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Y.Bhg Tan Sri Rafidah Aziz di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah BrandLaureate, juga dikenali sebagai Anugerah Grammy bagi Penjenamaan, mengiktiraf jenama yang terbaik dari Malaysia dan Asia Pasifik, meliputi pelbagai industri dan kategori; daripada syarikat multinasional hingga syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat tersenarai awam. Dianjurkan oleh Yayasan Jenama Asia Pasifik, pemenang dipilih berasaskan kriteria 300 mata penghakiman yang ketat, meliputi strategi jenama, komunikasi jenama, serta ekuiti dan prestasi jenama.

“Kejayaan ini benar-benar mencerminkan semangat Malaysia boleh dan sejauh mana yang boleh dicapai oleh Takaful IKHLAS dalam menyebarkan muamalat Islam serta menjenamakan produk Takaful di negara Malaysia,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS, Dato’ Syed Moheeb bin Syed Kamarulzaman.

“Anugerah yang diberikan kepada Takaful IKHLAS ini merupakan penghormatan yang tidak ternilai harganya. Ini membuktikan bahawa produk Takaful IKHLAS adalah setanding dengan syarikat-syarikat besar yang telah lama bergiat aktif bukan sahaja di dalam industri takaful tetapi juga insurans. Malahan kesedaran masyarakat terhadap produk-produk perlindungan Takaful IKHLAS semakin berkembang ini jelas membuktikan produk-produk kami menepati citarasa dan keperluan rakyat Malaysia kerana kami bukan sahaja menawarkan produk perlindungan yang inovatif dan terbaik tetapi juga berasaskan prinsip dan nilai Islam ,” jelas Syed Moheeb.

“Di awal pembukaan Takaful IKHLAS pada 2003, kami mengalami fasa pertumbuhan dan transformasi yang mencabar untuk berdiri kukuh di dalam pasaran industri Takaful. Kami juga terpaksa mengumpul maklumat yang lengkap mengenai keunikan produk kami termasuk bahan-bahan pemasaran dan kolateral sebelum memasuki pasaran dan menyebarkannya kepada masyarakat,” kata Syed Moheeb.

"Setiap masa kami membangkitkan kesedaran terhadap perlindungan takaful kepada masyarakat. Apabila kami cuba menarik pasaran tempatan, kami terpaksa menerangkan kelebihan Takaful IKHLAS, seperti manfaat, keistimewaan serta nilai wang bagi setiap pelan dan produk perlindungan yang kami keluarkan. Allahamdullilah, kini kami menyerlah sebagai salah satu institusi pengantara kewangan Islam yang amat kompetitif dan diterima oleh setiap masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama”, jelas Syed Moheeb.

“Pihak kami selalu berpegang kepada komitment yang telah kami janjikan iaitu menawarkan produk-produk inovatif dan perkhidmatan yang berkualiti dan mempunyai keazaman yang berterusan untuk membina reputasi kami. Pihak kami juga merangka pelbagai pelan agar peranan dan tanggungjawab asasi Takaful IKHLAS untuk menyebarluaskan lagi muamalah Islam di negara kita khususnya dan diperingkat global, amnya tercapai”, tambah Syed Moheeb lagi.

Sebelum ini Takaful IKHLAS telah memenagi pelbagai anugerah berprestij peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera.

Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya.

Read more...

  © Blogger template Simple n' Sweet by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP